Assalamualaikum w.b.t
Di dalam sebuah sekolah berasrama penuh yang asramanya tak berapa nak penuh sebab semua bebudak sekolah tu ha dah pegi surau untuk solat Maghrib, sorang budak bajet taiko ni, suka hati riang gembira kepala dia je ponteng solat jemaah.
Sebabnya, cik adik sorang ni bangunnya lambat. Aii bajet tuan puteri rimas betul mak rasa. Maka nya cik tuan puteri yang tak berapa nak tuan puteri sangat ni siap siaplah nak pergi mandi, sementara rakan rakannya yang lain khusyuk menunaikan solat jemaah di surau sekolah.
"Cantik betul kita. Mata bulat. Ada bulu mata. Ada kening lagi" Kata cik adik manis*suara gaya gaya bangla sikit*
Ha memang la cik adik. Kalau ekau takda bulu mata takda kening, zombi la pulak namanya.
Tiba tiba cik adik yang tengah seronok mandi terdengar bunyi bising dari bahagian atas bilik mandi yang dimandinya. Bukan dari bilik mandi yang tidak dimandinya.
"Eh, bunyi apa pulak tu. Takkan kucing kot. Ihik, kucing pun nak ngintai kita ke? Kita cantik sangat letttewwwwwwww *muncung kasi over sikit*"
Err. Neuron terputus gamaknya budak ni.
Tiba tiba, terdengar seakan siling di bahagian atas bilik mandi tersebut dibuka, kerana rasa "insecure", cik tuan puteri pun memandang ke bahagian atas.
Kelihatan seorang nenek kebayan, berambut panjang , berpakaian baju kurung Kedah, berkain batik, muka kedut kedut sedang melihat ke arah tuan puteri tersebut. Di tangannya, kelihatan sebuah bakul anyaman rotan yang sudah lama dimamah zaman. Peh, bahasa kau Senah.
Cik tuan puteri pun terkaku kerana terlalu terkejut.
Melihat betapa kakunya cik tuan puteri, nenek itu menyapanya
"Assalamualaikum dik. Ni ha, nek ada jual karipap. Ada karipap ubi, karipap ikan dan juga karipap pandan. Resipi baru ni dik. Adik nak?"
Cik tuan puteri tersangat sangat sangat sangat sangat sangat takut sampai kepala dan lututnya terketar ketar. Mungkin ditambah pula dengan kesejukan air mandiannya tadi. Kerana terlalu takut, cik adik ni tengok je nenek tu. Kemudian, dengan mata terkelip kelip, dia menjawab,
"Tak nak nek."
Terserlah kekecewaan yang nyata di wajah nenek kebayan tersebut.
"Tak pe la kalau macam tu. Nek pergi dulu. Kau jaga sikit, kawan kawan nenek ramai yang akan datang. Kitorang memang suka berniaga waktu waktu macam ni"
Cik tuan puteri pun sekadar mengangguk dalam ketakutan. Dia sekadar melihat nenek itu menutup kembali siling dalam diam. Tiba -tiba terdengar teriakan nenek kebayan dari bahagian atas,
"Alamak! Tersangkut rambut pulak!"
P/s: Kisah ditokok tambah sikit sikit. Terima kasih kepada housemates, Peah dan Minah. Heh heh.
SENAH CENDOL.
1 comment:
hahahha, nie memang cite wajib asrama...tapik selalu nyer nenek jual karipap ikut tingkap side yang takde koridor, yang nie dari syiling terus, expect kau nenek...
Kelasss kau Senah. hahahha
Post a Comment