Assalamualaikum w.b.t,
Fiuh. Setelah lama bercuti, akhirnya ada jugak waktu nak memetek keyboard ni ha. Err, wat is memetek cik Senah? Seriously yu don andersten wat ai em toking abaut ( Sila baca dalam bahasa Melayu baku ye anak anak)? Memetek tu dalam bahasa Kelantan adalah menekan. Makanya cheq maksudkan menekan keyboard. Ha, kau, campur semua Kelantan Kedah aku tibai.
Well well, kerana perniagaan cendol aku yang sangat maju, aku mampu membeli rumah baru. Hah, rumah baru kepala hot cik senah. Hee, tipu je, sebenarnya, rumah lama aku dekat Kolej Akasia ni tandas tersumbat. Tambah lagi tingkat 4. Cik Senah gayat kalu tinggi tinggi sangat ni. Haha, padahal dah 3 sem kau dok panjat tingkat 4 tu kan Senah? Mintak punya mintak rumah baru dekat pengurusan dapat la tingkat 2, Alhamdulillah. Syukur sangat. Aku ni harapkan lemak banyak je gagah naik tingkat 4. Kalu kurus keding tataw la. Mau merangkak menagih simpati pada yang menanti di siang hari. Amek kau kiasan bombastik. Dah la barang aku banyak melampau, memang naya la nak memunggah.
Ha, bercakap pasal barang, Ya Allah. Aku tak taw la weh. Soket mana yang terbakar dalam kepala aku ni ha. Aku ada satu masalah psikologi di mana setiap kali aku nak travel dari rumah, aku ada ketakutan kalau kalau baju aku bawak tak cukup, atau barang aku tak lengkap. Akhirnya aku ended up bawak banyak barang yang kadang kadang aku tak guna pun. Kalau aku ni kaya, rasa macam nak sewa van sebuah untuk bawak barang aku je. Ok, melampau la pulak kan kaloh anok menteri kau senah. Jadi sepanjang 3 Sem aku dekat Akasia, maknanya banyak la aku bawak barang dari rumah. Setiap kali balik rumah di Terengganu, balik Shah Alam, makin bertambah la barangnya.
Bukan kaki aku, harap maklum.
Semalam aku duk mengangkat barang dengan housemates sume. Angkat je dah satu malam. Cu bayang. Habis kelas pukul 10 pagi tadi, aku cepat cepat amek bas nak balik hostel nak kemas rumah. Tapi sampai sampai je, tengok banyak sangat barang, tension tetiba. Aku apa lagi. Bukak kipas, amek bantal tido. Tenang fikiran. Tersedar, aku bangun, tengok sepah lagi. Aku tido balik. Memang la kan, something wrong somewhere aku rasa dengan neuron neuron aku ni.
Jadi, here I am. Memetek keyboard. Aku dah kemas separuh. Tapi fed up kau. Aku rasa dah banyak aku kemas. Tengok tadi, ada 4 kotak lagi. 4 kotak! Burrr, ni rasa nak tido balik ni. Eh, ke ada abam abam ensem dekat luar sana nak tolong adik Senah ni? Ha? Semua tak sudi. Ok, korang semua hodoh. Takpe ke cakap orang hodoh? Hahaha.
Something interesting yang aku jumpa hari ni,
If something is coming to you, say to it "Not Today".
Jadi secara praktikalnya, kalau something tu adalah mengemas barang, well, Encik Encik dan Puan Puan Barang, NOT TODAY. Heee, till then!
-SC-

No comments:
Post a Comment