Saturday, 29 September 2012

Utusan Cinta Pertama Aku kepadamu.

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk tak boleh nak bombastik lagi ye Senah? Haha. Saja. Post pertama tajuk harus grand kan? 

Hai. Aku Senah. Dan di zaman pasca kemerdekaan, di mana modenisasi juga globalisasi rancak berlangsung  mengubah paradigma masyarakat berbilang kaum ah sudah ini bukan nak mengarang esei SPM, haruslah Senah bukan nama sebenar aku. Aku tak guna nama sebenar adalah kerana aku cuma mahukan kebebasan dalam menulis. Bukan bebas nak mengutuk walaupun kadangkala itu yang aku lakukan untuk mengisi masa lapang yang tak berapa lapang  bersama rakan rakan wanita, eceh wanita kau, tapi sebab aku tak nak orang menghakimi aku atas penulisan aku.

Aku tengah buat A Level. Tak masuk 19 tahun lagi tapi akan masuk 2 bulan lagi kalau umur aku panjang, amin. Tak cantik tak hodoh tapi semestinya comel. Haha. Kadangkala aku boleh jadi sarkastik nak mampos dan kadangkala aku boleh jadi emosional tahap Projectile Motion. Nampak tak aku nak berlagak aku amek  Fizik ni? Wakakaka. Aku akan di interview pada 25 Oktober 2012 nanti untuk melanjutkan pelajaran ke Ireland dalam bidang perubatan tradisional Melayu. Ok menipu, takkan Ireland nak ajar perubatan tradisional Melayu kot. Cuak lah pulak pikir. Aish.

Blog aku adalah pemikiran aku, pengalaman aku. Aku akan update apa apa sahaja yang aku rasa perlu. Oh ye, aku takda la suka sangat cendol, tapi sukalah jugak, tapi takdala suka sampai giler giler suka tapi boleh la tapi bila pikir balik kolestrol tinggi aku rasa macam tak suka je tapi macam sedap manis manis gitu tapi tu la aku rasa macam aku tak berapa suka pulak OK ENOUGH! 

Till then :)



Paranoid, is one of the reasons why I created this blog. Hahahahaha.

No comments: