Assalamualaikum w.b.t
Fuh. Rimas. Bosan. Stress. Bahagia. Derita. Duka. Lara. Aku tak tahu la, dah rasa macam zombi je. Campur campur semua perasaan dah jadi tak rasa pape. Sekarang sibuk tahap petola, petola pun tak sesibuk aku gamaknya. Alhamdulillah, baru je selesai IELTS Speaking Test. Tapi nih, yang menunggu berderet-deret lagi di penghujung jalan sana, eceh. Topic test. Reports. Final lagi. Ditambah dengan IELTS yang tak habis habis lagi tunggu listening, reading and writing. Ni tak kira interview lagi. Nak pecah kelapa! Eh kepala!
Semalam aku baru je letak jawatan dalam persatuan yang aku masuk. "Persatuan bercakap dalam bahasa inggeris" namanya. Haruslah itu bukan nama sebenar. Sebab saja, nak kasi sepesial tak nak bagitaw. Comel tak kita? *Tibatiba. Bukanlah aku gaduh bajet bajet taiko dengan presiden sampai letak jawatan. Tidak, seharusnya tidak walaupun tak mustahil. Haha. Semalam, kira penyerahan jawatan kepada ahli yang baru la. Dalam perjumpaan semalam, malah dalam perjumpaan yang sebelum sebelumnya pun, memang akan ada sesi bercakap secara spontan. Kau cakap la pasal apa sahaja topik yang disuruh. Semalam punya sesi, kitorang kena cabut pape sahaja khazanah dalam pencilbox encik presiden dan cakap pasal khazanah tersebut.
Aku tak bercakap pun dalam sesi tu. Kerana lidahku kelu saat kau berlalu jadi ku kaku. Malas pun ada. Macam bukan kau je ni Senah tak nak bercakap ni. Haha. Junior sorang ni dapat Liquid paper. Jenamanya aku tak tahu sebab aku sibuk berMMS gambo dengan mak aku. Jadi cuma telinga aku sahaja yang berfungsi waktu tu. Tapi kesimpulannya aku boleh simpul simpul ikat ikat pakai bahasa aku sendiri.
Liquid paper. Kita selalu gunakan untuk memadam kesalahan kita terutama sekali apabila kita menulis. Memiliki liquid paper ni seolah olah memiliki peluang kedua. Kita buat salah. Kita boleh padam dan tulis apa sahaja perkataan baru yang kita inginkan. Samalah macam dengan kehidupan kita. Tak semua orang sempurna. Semuanya melakukan kesalahan. Kita usaha bagai nak rak, kita cuba sedaya upaya. Tapi kesalahan itu pasti akan sentiasa ada.
Persoalannya sekarang, bila kita lakukan kesalahan, adakah kita nak potong je ke perkataan tu, atau nak tutup pakai liquid paper? Kedua duanya berdiri pada konsep yang sama iaitu untuk menolak kesalahan yang kita buat. Bezanya, bila kita potong, orang tahu kesalahan apa yang kita lakukan , dan yang satu lagi iaitu pakai liquid paper, kita tutup terus, dan orang tak tahu apa kesalahan lepas yang kita buat.
Hidup ni semua orang hipokrit. Tapi semua orang sentiasa nak peluang kedua. Dalam apa jua perkara. Malah kalau kita makan nasi yang sangat sedap dahsyat mengalahkan Nasi Kandar Pak Mat sebelah kedai cendol aku ni ha, kita nak lagi peluang kedua untuk rasa kesedapan keenakan kelazatan kesedapan dan segala "ke" yang boleh kau namakan.
Itu semua atas pilihan. Nak pakai liquid paper ke tak. Kalau kau tengah nak amek PMR sekarang jangan kau berani nak aplikasikan penggunaan liquid paper kalau tak memang aku hempok pakai mesin membuat cendol aku ni ha. Potong je. PMR mana boleh pakai liquid adik adik yang budiman sekalian. Ok balik kepada perbincangan kita. Dalam kehidupan sebenar, kita semua buat silap. Tak salah nak buat salah. Tapi tak betul kalau rasa diri sentiasa betul. Kesilapan adalah satu perkara yang biasa. Potonglah kesalahan tu dan move on. Biar orang nampak apa yang dah kita buat dalam kesilapan masa lalu, yang penting kita tahu kita silap, kita akui kita silap, dan kita dah berubah.
Comel. Macam aku. Tak caya sudah! Haha.
Tapi pakai liquid paper pun tak salah. Biar orang tak tahu silap kita apa. Sebab masyarakat zaman pasca moden ni kejenye nak prejudis semace. Orang pakai tudung labuh dikatanya alim. Tak pakai tudung dikatanya murahan. Orang terkentut tak sengaja dikata selekeh. Dah tak tahan nak wat cemana kan? Hahahahaha. Yang penting kita sedar kita dah buat silap.
Tapi ingat. Liquid paper lama lama boleh habis. Sampai bila nak liquid? Eh? Beli memang boleh beli. Tapi ingat, cu tengok dekat kertas kertas yang telah lama anda liquid. Dakwat yang menulis kesalahan anda dulu boleh kelihatan, walau tak jelas, tapi boleh baca. Jadi baik mengaku silap dulu awal awal sebelum akhir nanti terbongkar sendiri salah yang kita buat. Eh? Boleh pakai liquid yang tak cair yang seret seret then tempek atas kertas je tu? Ha, itu bagi aku balik pikir dulu nak kait cemane dengan kehidupan kita. Hahahahhaha.
Till then, jangan lupa jaga hati! Kerana Allah itu ada.

No comments:
Post a Comment