Sunday, 13 January 2013

Kisah Hantu Karipap.

Assalamualaikum w.b.t


Di dalam sebuah sekolah berasrama penuh yang asramanya tak berapa nak penuh sebab semua bebudak sekolah tu ha dah pegi surau untuk solat Maghrib, sorang budak bajet taiko ni, suka hati riang gembira kepala dia je ponteng solat jemaah. 

Sebabnya, cik adik sorang ni bangunnya lambat. Aii bajet tuan puteri rimas betul mak rasa. Maka nya cik tuan puteri yang tak berapa nak tuan puteri sangat ni siap siaplah nak pergi mandi, sementara rakan rakannya yang lain khusyuk menunaikan solat jemaah di surau sekolah.

"Cantik betul kita. Mata bulat. Ada bulu mata. Ada kening lagi" Kata cik adik manis*suara gaya gaya bangla sikit*

Ha memang la cik adik. Kalau ekau takda bulu mata takda kening, zombi la pulak namanya.

Tiba tiba cik adik yang tengah seronok mandi terdengar bunyi bising dari bahagian atas bilik mandi yang dimandinya. Bukan dari bilik mandi yang tidak dimandinya. 

"Eh, bunyi apa pulak tu. Takkan kucing kot. Ihik, kucing pun nak ngintai kita ke? Kita cantik sangat letttewwwwwwww *muncung kasi over sikit*" 

Err. Neuron terputus gamaknya budak ni.

Tiba tiba, terdengar seakan siling di bahagian atas bilik mandi tersebut dibuka, kerana rasa "insecure", cik tuan puteri pun memandang ke bahagian atas. 

Kelihatan seorang nenek kebayan, berambut panjang , berpakaian baju kurung Kedah, berkain batik, muka kedut kedut sedang melihat ke arah tuan puteri tersebut. Di tangannya, kelihatan sebuah bakul anyaman rotan yang sudah lama dimamah zaman. Peh, bahasa kau Senah.

Cik tuan puteri pun terkaku kerana terlalu terkejut. 

Melihat betapa kakunya cik tuan puteri, nenek itu menyapanya

"Assalamualaikum dik. Ni ha, nek ada jual karipap. Ada karipap ubi, karipap ikan dan juga karipap pandan. Resipi baru ni dik. Adik nak?"



Cik tuan puteri tersangat sangat sangat sangat sangat sangat takut sampai kepala dan lututnya terketar ketar. Mungkin ditambah pula dengan kesejukan air mandiannya tadi. Kerana terlalu takut, cik adik ni tengok je nenek tu. Kemudian, dengan mata terkelip kelip, dia menjawab,

"Tak nak nek."

Terserlah kekecewaan yang nyata di wajah nenek kebayan tersebut. 

"Tak pe la kalau macam tu. Nek pergi dulu. Kau jaga sikit, kawan kawan nenek ramai yang akan datang. Kitorang memang suka berniaga waktu waktu macam ni"

Cik tuan puteri pun sekadar mengangguk dalam ketakutan. Dia sekadar melihat nenek itu menutup kembali siling dalam diam. Tiba -tiba terdengar teriakan nenek kebayan dari bahagian atas,

"Alamak! Tersangkut rambut pulak!"







P/s: Kisah ditokok tambah sikit sikit. Terima kasih kepada housemates, Peah dan Minah. Heh heh.

SENAH CENDOL.


Friday, 4 January 2013

Cik Senah pindah rumah, rasa sakit mental.

Assalamualaikum w.b.t,

Fiuh. Setelah lama bercuti, akhirnya ada jugak waktu nak memetek keyboard ni ha. Err, wat is memetek cik Senah? Seriously yu don andersten wat ai em toking abaut ( Sila baca dalam bahasa Melayu baku ye anak anak)?  Memetek tu dalam bahasa Kelantan adalah menekan. Makanya cheq maksudkan menekan keyboard. Ha, kau, campur semua Kelantan Kedah aku tibai.

Well well, kerana perniagaan cendol aku yang sangat maju, aku mampu membeli rumah baru. Hah, rumah baru kepala hot cik senah. Hee, tipu je, sebenarnya, rumah lama aku dekat Kolej Akasia ni tandas tersumbat. Tambah lagi tingkat 4. Cik Senah gayat kalu tinggi tinggi sangat ni. Haha, padahal dah 3 sem kau dok panjat tingkat 4 tu kan Senah? Mintak punya mintak rumah baru dekat pengurusan dapat la tingkat 2, Alhamdulillah. Syukur sangat. Aku ni harapkan lemak banyak je gagah naik tingkat 4. Kalu kurus keding tataw la. Mau merangkak menagih simpati pada yang menanti di siang hari. Amek kau kiasan bombastik. Dah la barang aku banyak melampau, memang naya la nak memunggah.

Ha, bercakap pasal barang, Ya Allah. Aku tak taw la weh. Soket mana yang terbakar dalam kepala aku ni ha. Aku ada satu masalah psikologi di mana setiap kali aku nak travel dari rumah, aku ada ketakutan kalau kalau baju aku bawak tak cukup, atau barang aku tak lengkap. Akhirnya aku ended up bawak banyak barang yang kadang kadang aku tak guna pun. Kalau aku ni kaya, rasa macam nak sewa van sebuah untuk bawak barang aku je. Ok, melampau la pulak kan kaloh anok menteri kau senah.  Jadi sepanjang 3 Sem aku dekat Akasia, maknanya banyak la aku bawak barang dari rumah. Setiap kali balik rumah di Terengganu, balik Shah Alam, makin bertambah la barangnya.

Bukan kaki aku, harap maklum.

Semalam aku duk mengangkat barang dengan housemates sume. Angkat je dah satu malam. Cu bayang. Habis kelas pukul 10 pagi tadi, aku cepat cepat amek bas nak balik hostel nak kemas rumah. Tapi sampai sampai je, tengok banyak sangat barang, tension tetiba. Aku apa lagi. Bukak kipas, amek bantal tido. Tenang fikiran. Tersedar, aku bangun, tengok sepah lagi. Aku tido balik. Memang la kan, something wrong somewhere aku rasa dengan neuron neuron aku ni. 

Jadi, here I am. Memetek keyboard. Aku dah kemas separuh. Tapi fed up kau. Aku rasa dah banyak aku kemas. Tengok tadi, ada 4 kotak lagi. 4 kotak! Burrr, ni rasa nak tido balik ni. Eh, ke ada abam abam ensem dekat luar sana nak tolong adik Senah ni? Ha? Semua tak sudi. Ok, korang semua hodoh. Takpe ke cakap orang hodoh? Hahaha.

Something interesting yang aku jumpa hari ni,

If something is coming to you, say to it "Not Today".

Jadi secara praktikalnya, kalau something tu adalah mengemas barang, well, Encik Encik dan Puan Puan Barang, NOT TODAY. Heee, till then!


-SC-


Tuesday, 16 October 2012

Perempuan memang suka menipu diri sendiri.

Assalamualaikum w.b.t

Nak anta sms ke tak?

Nak anta ke tak? Ke nak call je?

Call la.

Cheese. Tak angkat.

Typing message:

"Tido ke pak cik?"

...............
..............
..................................................


No reply. 


Argh!

Amek fon. Edit notes untuk dipampang di skrin. 


"SAYA TAK SUKA SAMEON BENGALI. 
SENAH, JANGAN CALL/SMS SAMEON BENGALI LAGI"



Padahal.

Sameon Bengali tu la yang kau duk ingat. 



Break up is tough, dude. And we lie to ourselves most of the time. 

Layout Konon Comel.

Assalamualaikum w.b.t

Entah. Tetiba di keheningan petang ini, aku rasa layout blog aku sangatlah hodoh. Pelik. Jadi aku tukar la.

Kemudian aku preview.

Hodoh. Tukar lagi. 

Preview lagi.

Dan hodoh lagi.

Jadi, aku pilih yang sekarang.

Pun HODOH! 

Urghhhh! Aku ingat dah comel. 





Ah. Comel la tu.

Kot. 


Tuesday, 9 October 2012

Sarkastik: Her lipstick colour is Red. Tapi aku kata,

Assalamualaikum w.b.t

Lepak lepak dekat library konon buat listening untuk IELTS, aku konon terdengar padahal sengaja dengar (*kata buat listening kan, apa lagi aplikasikan la, haha!) juniors bercakap pasal satu gambar yang ditayangkan di iPad.

J : Her lipstick is Red. Meaning that she is confident with herself. Bla bla..


Hem. Tiba tiba aku teringat beberapa minggu lepas aku jumpa junior sorang ni pakai lipstick merah, menyala tu aku tak sure la sebab takda la sampai silau waktu aku lalu, dekat cafe. 

Hem. Nak pergi kelas. Pakai lipstick merah. 


Cakap je la aku tak fashionable, aku ni kuno. Aku pun pakai lipstick.
Tapi. Entah kenapa teenagers in red lipstick seem so wrong to me. 
I dont see confident in her.
But i see, 



Entah. 

Seduction is a harsh word perhaps, so 

I ain't say anything. ANYTHING!

But,

No thanks. Red lipstick just don't work on me. 

Cause nampak macam nak menunjuk sangat. 

Haha!